Cik Mimi Nak Masak
Sunday, January 24, 2016
Sup Taufu Telur
Bahan-bahan:
1.2batang tofu telur | dipotong ikut suka
2.3 biji bawang merah | dihiris halus
3.2 ulas bawang putih | dihiris halus
4.2.5cm halia | dihiris halus
5.1 biji putih telur
6.1 tangkai daun sawi | dipotong
7.½ biji lada benggala merah ñ dihiris panjang
8.½ biji lobak merah | diparut
9.1 sudu teh serbuk lada sulah
10.Air secukupnya
11.Garam secukup rasa
12.Minyak jagung untuk menumis
Cara-cara:
1 Panaskan minyak jagung pada kuali dan tumis bahan dihiris halus sehingga kekuningan.
2 Kemudian masukkan air secukupnya bersama daun sawi, lada benggala dan lobak merah. Didihkan.
3 Apabila sayur-sayuran hampir lembut, masukkan tofu telur dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
4 Akhir sekali, masukkan putih telur dan kacau rata. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi dan gambar dari https://www.facebook.com/marsila.matjohor?fref=photo
Saturday, January 23, 2016
Bergedil Kentang Bersama Daging
Bahan-bahan
1.Daging-dicincang (boleh ganti dgn sardin dlm tin-buang sos dia amik ikan je)
2.3 biji kentang-rebus empuk, lenyek
3.Daun sup-hiris halus
4.Bawang besar-hiris halus
5.1 sudu teh jintan manis,
6.1 tsp ketumbar
7.Garam secukup rasa
8.2 biji telur dipukul (untuk salut)
Cara-Cara:
Campurkan semua bahan, gaul sebati
Bentukkan bulat2 mcm ni
Goreng dlm minyak yang byk, siap dah...senang kan...
Resepi dan gambar dari https://www.facebook.com/marsila.matjohor?fref=photo
Friday, January 22, 2016
Salad Campuran
Bahan-bahan:
1.1 kumtum butterhead salad - di cuci dan siat kan sedikit
2.2 biji kentang rebus - dipotong kiub
3.2-3 batang sosej - saya guna jumbo cheese 2 sahaja celur sekejap - dipotong
4.2 batang timung jepun - dipotong kiub
5.1 biji capsicum - dipotong kiub -tak kisah warna apa saya guna capsicum hijau
6.1 cawan tomato cerries
7.Mayonis secukupnya - lebih kurang 4 sudu makan
8.Thousang island secukupnya - 2-3 sudu makan
Cara-cara:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalan mangkuk yang besar campurkan dengan kedua2 jenis sos dan gaul sebati.
2. Masukkan sebentar dalam peti sejuk atau boleh terus dihidangkan. Sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama hidangan lain seperti grill chicken atau apa2 la yang sesuai...
Resepi dan gambar dari https://www.facebook.com/marsila.matjohor?fref=photo
Thursday, January 21, 2016
Bebola Kentang Keju
Bahan-bahan:
1.100 gm serbuk ubi kentang. Boleh didapati di pasaraya.
2.50 gm keju mozarella
3.100 gm serbuk roti. Roti potong yang dikeringkan dan dihancurkan
4.1 biji telur
5.1/2 sudu teh garam
6.Sedikit minyak
Cara memasak:
1. Tuangkan air dalam serbuk kentang. Jadikan ia seketul doh.
2. Leperkan doh tersebut. Kemudian, letakkan keju di tengahnya.
3. Gulung dan jadikan bentuk silinder, selepas itu celupkan dalam telur yang telah dipukul.
4. Celup dalam serbuk roti.
5. Goreng dalam minyak selama 3 hingga 4 minit sehingga kuning. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba !!!
Gambar dan resepi dari https://www.facebook.com/marsila.matjohor?fref=photo
Wednesday, January 20, 2016
Omelette Berinti Daging
Bahan-bahan:
1.3 biji telur
2.3 sudu besar susu Full Cream
3.Sedikit garam
4.Keju parmesan/mozarella (optional)
5.Minyak zaitun
Bahan-bahan untuk filling:
1.1/3 cawan daging kisar
2.1/2 biji kentang, diparut kasar
3.Capsicum/lada benggala hijau, dihiris nipis
4.1/2 biji bawang, dihiris nipis
5.1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
6.Sedikit garam
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non stick dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan daging kisar, lada hitam dan sedikit garam. Kacau sehingga daging masak dan kering airnya.
2. Masukkan capsicum hijau dan parutan kentang, kacau selama 2- 3 minit. Angkat dan sejukkan.
3. Dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu kecil minyak zaitun dan tuang bancuhan telur tadi. Masak di atas api yang perlahan.
4. Kacau dan balik-balikkan di tengah bahagian telur yang cair supaya masak sekata. Kemudian taburkan dengan bahan filling tadi di setengah bahagian telur sahaja supaya proses melipat telur menjadi mudah.
5. Taburkan juga dengan cheese pilihan anda. Lipat telur dan masak setiap bahagian selama 1-2 minit. Angkat dan hidangkan.
p/s: Cara untuk mengalihkan telur supaya tidak terkoyak atau hancur ialah dengan menelangkupkan pinggan di permukaan kuali. Terbalikkan telur di dalam pinggan, kemudian dengan perlahan longsorkan kembali telur ke dalam kuali panas di sebelah permukaan yang satu lagi.
Selamat mencuba !!!
Resepi dan gambar dari https://www.facebook.com/marsila.matjohor?fref=photo
Tuesday, January 19, 2016
Cendawan Goreng Rangup
Bahan-bahan:
1. Tepung jagung 1/2 cawan...
2. Tepung gandum 2 sudu
3. Garam secukup rasa
4. Telur 1/2 biji
Cara-cara:
1.Pukul tepung dan bahan-bahan tersebut hingga sebati
2.Satu paket Cendawan ikut citarasa.
3.Carik2 cendawan halus. Bahagi kepada tiga bahagian
Ia bagi memudahkan cendawan anda lebih garing.
4.Celupkan pada tepung tadi... dan goreng!!!
p/s: Untung hasilkan gorengan yang habis, api kena dalam kena sederhana. Jangan terlampau panas nanti boleh hangit. Tapi jangan pulak terlalu tak panas, nanti cendawan boleh masuk minyak. Nak lebih rangup, letak lebih telur, tapi jangan sampai tepung terlalu cair. Tak perlu kena penambah perisa untuk cendawan. Guna garam pun dah sedap dah. Lebih-lebih lagi bila makan panas-panas.
Selamat mencuba !!!
Gambar dan resepi dari http://beeha3.blogspot.my/2015/01/resepi-cendawan-goreng-rangup.html
Bread Lasagna
Bahan-bahan:
• 1/2 bawang besar
• 1/2 tube daging cincang
• 1 genggam mixed vegie
• Sos cili dan tomato
• Garam dan serbuk lada hitam
• Roti
• Telur
• Susu
• Mozarella cheese
Cara-cara:
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar smpai empuk.
2. Masukkan sos cili dan tomato, garam dan serbuk lada hitam dan mixed vegie. Masak sampai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur dan susu.
4. Celupkan roti dalam telur dan susu tu. Kemudian letak inti yang dah masak kemudian tabur mozarella cheese buat 2 layer.
5. Bakar suhu 180c sehingga garing sedikit.
Sedia dimakan !!!
p/s : Resepi dan gambar dari https://www.facebook.com/marsila.matjohor?fref=photo
Subscribe to:
Comments (Atom)






