Thursday, January 21, 2016

Bebola Kentang Keju



Bahan-bahan:

1.100 gm serbuk ubi kentang. Boleh didapati di pasaraya.
2.50 gm keju mozarella
3.100 gm serbuk roti. Roti potong yang dikeringkan dan dihancurkan
4.1 biji telur
5.1/2 sudu teh garam

6.Sedikit minyak

Cara memasak:

1. Tuangkan air dalam serbuk kentang. Jadikan ia seketul doh.

2. Leperkan doh tersebut. Kemudian, letakkan keju di tengahnya.

3. Gulung dan jadikan bentuk silinder, selepas itu celupkan dalam telur yang telah dipukul.

4. Celup dalam serbuk roti.


5. Goreng dalam minyak selama 3 hingga 4 minit sehingga kuning. Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba !!!
Gambar dan resepi dari https://www.facebook.com/marsila.matjohor?fref=photo

No comments:

Post a Comment